#YTJT – Tular Wanita Hamil Ketika Hamil, Ini Penjelasan Dari Sudut Sains

Entertainment
9 Feb 2023 • 12:07 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai seorang wanita yang dikatakan hamil dengan bayi yang lain meskipun dirinya telah disahkan sedang hamil. Aik, macam mana tu?

Fenomena ini dikenali sebagai superfetation atau juga diketahui sebagai kehamilan dalam kehamilan.

Apa itu superfetation?

image is not available

Menurut portal Hello Doktor, kejadian ini disebabkan oleh ovum lain disenyawakan oleh sperma dan melekat pada rahim beberapa hari atau minggu selepas ovum pertama.

Superfetation ini berbeza dengan kehamilan kembar kerana ianya sangat jarang terjadi. Bagi proses kehamilan kembar, pembahagian ovum disenyawakan dengan serentak manakala superfetation berlaku pada waktu yang berbeza. Hal ini menyebabkan usia bagi kedua-kedua janin adalah berlainan.

Kejadian ini boleh dikesan jika janin berbeza umur atau ultrasound yang menunjukkan janin bertambah berbanding sebelumnya. Dalam pada masa yang sama, doktor juga mungkin tidak menyedari kehadiran janin kedua ketika pemeriksaan ultrasound yang pertama.

Jadi, semua perkara ajaib tidak mustahil berlaku kan?

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved