YTL AI Melancarkan ILMU Claw – Enjin Pembangunan Teknologi Agentik AI Tempatan

LocalTechnology
24 Apr 2026 • 1:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YTL AI, anak syarikat teknologi kecerdasan buatan dibawah YTL Group baru-baru ini telah memperkenalkan ILMU Claw, platform pembinaan perkhidmatan agentik AI buatan Malaysia yang juga akan dihos secara tempatan.

ILMU Claw dibina menggunakan model AI ILMU Nemo-Nano yang dibangunkan oleh YTL AI dengan kerjasama bersama NVIDIA berasaskan rangka kerja pembangunan AI agentik OpenClaw, yang membolehkan pengguna untuk membina pelbagai perkhidmatan dan sistem AI dan sebagainya memberikan input dalam Bahasa Malaysia.

image is not available

Pengenalan dan penggunaan OpenClaw telah memudahkan orang ramai untuk membangunkan sistem AI agentik mereka sendiri di seluruh dunia, dan dengan gabungan bersama ILMU-Nemo-Nano dan ILMU-Nemo-Super, segenap lapisan masyarakat Malaysia kini boleh menggunakannya dengan mudah.

Dengan ILMU Claw, pengguna tempatan, termasuklah individu ataupun syarikat-syarikat berskala kecil dan sederhana boleh membangunkan perkhimdatan AI agentik mereka tersendiri dengan cepat dan mudah dalam bahasa tempatan, yang mana perkhidmatan tersebut juga akan dihos di pusat data tempatan, memastikan kedaulatan data syarikat-syarikat ini tidak dinodai.

image is not available

ILMU Claw boleh diakses melalui laman web ILMU.ai dan hadir dalam tiga pelan langganan berbeza. Claw Free menawarkan perkhidmatan ILMU Claw secara percuma, tetapi jumlah akaun adalah terhad, dan hanya mempunyai lima juta token yang boleh digunakan setiap bulan.

CLAW Starter hadir dengan langganan RM25 setiap bulan, dan hadir dengan 50 juta token setiap bulan, tetapi masih mempunyai had 500 pembangun setiap bulan. Claw Pro pula hadir dengan langganan RM50 dengan 150 juta token setiap bulan, dan terhad kepada 300 pembangun setiap bulan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved