Meta Buang 8000 Pekerja Kerana AI

WorldTechnology
24 Apr 2026 • 7:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Meta Buang 8000 Pekerja Kerana AI

Proses pembuangan pekerja dilakukan beberapa syarikat teknologi utama sejak tahun lalu menggunakan alasan kecerdasan buatan (AI) boleh menggantikan pekerja manusia. Meta yang sebelum ini dikatakan akan membuang 8000 pekerja pada 20 Mei kini mengesahkan proses pengurangan tenaga kerja akan dilakukan menerusi memo yang diedarkan menurut laporan Bloomberg.

Disamping membuang 8000 pekerja, Meta juga tidak akan mengisi kekosongan 6000 jawatan di syarikat sekarang. Seperti kebanyakan syarikat teknologi, AI menjadi sebab pekerja dibuang bagi menanggung kos membangunkan pusat data serta tugas yang boleh digantikan menggunakan sistem automasi. CEO Meta, Mark Zuckerberg telahpun mengatakan tahun lalu bahawa 2026 akan menjadi “tahun kecekapan” syarikat.

Image from: Meta Buang 8000 Pekerja Kerana AI

Awal tahun ini Meta telah dijangka membuang pekerja yang terlibat dengan dunia metamesta dan set kepala realiti gabungan. Walaupun nama syarikat diubah menjadi Meta pada tahun 2021, AI kini menjadi tumpuan utama syarikat dan bukan lagi metamesta. Studio pembangunan permainan XR telah ditutup dengan Meta juga mengumumkan akses Horizon Worlds menggunakan Quest akan dihentikan. Rancangan ini kemudian dibatalkan selepas menerima reaksi negatif pemain.

Berpuluh bilion akan dibelanjakan oleh Meta bagi membina model AI terkini mereka supaya mampu bersaing dengan Google, Anthropic, dan OpenAI. Tetapi usaha Meta sedikit tergendala selepas model baharu gagal mencapai sasaran dan kehilangan ketua penyelidik Yann Le Cun yang meletakkan jawatan bagi menubuhkan syarikat sendiri tahun ini.