Yu Qi sekat hajat Zii Jia di Denmark

24 Oct 2022 • 1:09 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Zii Jia gagal raih gelaran Terbuka Denmark selepas tewas kepada pemain China, Shi Yu Qi pada perlawanan akhir. - Badminton Photo

HASRAT pemain peseorangan negara, Lee Zii Jia untuk merangkul kejuaraan Terbuka Denmark tidak kesampaian apabila tewas kepada bintang China, Shi Yu Qi dalam perlawanan akhir di Arena Jyske Bank, Odense pada Ahad.

Pada set pertama Zii Jia yang turun dengan status pemain pilihan keempat kejohanan dipaksa bekerja keras pemain ranking ke-44 dunia itu sebelum tewas 18-21.

Bersambung set kedua, Zii Jia yang dalam pemburuan kejuaraan keempat Siri Jelajah Dunia kembali garang apabila menyamakan kedudukan dengan kemenangan 21-16.

Pada set penentuan Zii Jia gagal meneruskan momentum positif apabila kerap melakukan kesilapan mudah menyaksikan Yu Qi memanfaatkan peluang untuk kemenangan 21-12 dalam tempoh 64 minit.

Kekalahan itu memanjangkan kemarau kejuaraan pemain kelahiran Alor Setar itu sejak mengungguli Terbuka Thailand, pada Mei lalu.

Sementara itu, ini merupakan kemenangan pertama Yu Qi dalam tempoh tiga tahun selepas kali terakhir memenangi Terbuka Switzerland pada 2019.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved