Yuran RM160 Untuk Naik Taraf Lesen Kelas B1, B2 Ke B – Loke

2 Aug 2024 • 4:16 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Motosikal kelas B1 dan B2 yang aktif selama lebih 10 tahun layak menyertai program peralihan khas untuk mendapatkan LMM Kelas B bermula 1 Oktober depan.

Menurut satu laporan Kosmo!, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook berkata, pemohon yang berminat untuk mendapatkan LMM Kelas B hanya perlu membayar kos yuran sebanyak RM160 sahaja berbanding RM900 sebelum ini.

image is not available

Foto: focusmalaysia.my

“Mereka yang berminat perlu menghadiri dan lulus program peralihan serta penyesuaian kenderaan motosikal berkuasa 500cc ke atas selama dua jam di Institut Memandu (IM) melibatkan program amali penunggangan dan informasi pemanduan selamat.

“Syarat lain ditetapkan adalah pemohon hendaklah bebas daripada sebarang senarai hitam, tunggakan saman, sekatan urus niaga, rekod sabitan kesalahan berat atau sebarang perkara belum selesai di bawah Akta 333,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian di Putrajaya, hari ini.

image is not available

Foto: Kosmo!

Loke juga berkata, pemohon perlu melakukan pengesahan kesihatan tubuh badan, fizikal serta minda terlebih dahulu secara deklarasi kendiri.

Beliau menjelaskan, kerajaan pada dasarnya bersetuju dengan program khas peralihan itu namun pemohon perlu melepasi syarat-syarat ditetapkan terlebih dahulu.

Sumber: Kosmo! (Mohd. Husni Mohd. Noor)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved