Yusof Haslam Akui Tak Berharap Puteri Sarah Kembali Pada Syamsul – “Kami Ada Berjumpa Bersembang, Sarah Pesan…”

21 Aug 2024 • 9:26 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Perkahwinan kedua anaknya, Syamsul Yusof dan Ira Kazar dilihat seperti bakal menemui jalan pengakhiran namun pengarah Datuk Yusof Haslam akui tidak menyimpan harapan agar bekas menantunya, Puteri Sarah Liyana kembali bersama anaknya.

Kata pengarah berusia 71 tahun itu, dia tidak berhak sama sekali untuk menentukan kehidupan anak-anak tetapi hanya mampu mendoakan yang terbaik.

Saya tak boleh kata mahu Sarah balik ke pangkuannya atau sebaliknya. Yang menentukan kehidupan mereka adalah mereka sendiri, itu bukan urusan saya.

image is not available

Tambahnya, dia tidak mahu berkata lebih kerana ia sama seperti meletakkan harapan namun reda dengan apa sahaja ketentuan takdir.

Dalam pada itu, Yusof berkata dia dan Puteri Sarah ada berhubung baru-baru ini dan berkata aktres itu sendiri terkejut dengan berita tersebut (Syamsul fail cerai) namun berpesan kepadanya agar sentiasa mendoakan Syamsul.

Semalam (kelmarin) saya ada jumpa Sarah sebab dia singgah ke rumah sekejap dan ada kami bersembang. Dia pun terperanjat dan tak tahu perkara itu akan terjadi tetapi Sarah berpesan pada saya untuk reda dan doa yang baik-baik untuk Syamsul.

image is not available

image is not available 2 days ago

Penuh Komen Di IG, Netizen Ingatkan Puteri Sarah Jangan ‘Get Back’ Dengan Bekas Suami - “You Pernah Terluka Bertahun-Tahun, Ingat Tu”

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved