Salina Saibi Dedah Mesej Dengan Syamsul Yusof

LocalEntertainment
21 Aug 2024 • 12:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
salina saibi

Pelakon Salina Saibi, rakan lama kepada pengarah terkenal Syamsul Yusof, mendedahkan bahawa Syamsul ada memaklumkan kepadanya bahawa dia berada dalam keadaan baik.

Menurut Salina, yang sudah lama bersahabat dengan Syamsul sejak filem Bohsia, mereka jarang berjumpa tetapi sering berkomunikasi menerusi mesej langsung.

image is not available

Dia selalu cakap dengan saya jangan risau, dia okay. Dia ada kata sebagai manusia tak lepas daripada buat kesilapan. Dia masih sayangkan keluarganya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik buat Syamsul.- Kata Salina.

Sebagai kawan lama, Salina sering bertanyakan khabar Syamsul dan menasihatkannya untuk mencari jalan terbaik dalam apa jua keadaan.

Sukar nak gambarkan apa perasaan saya selepas mendengar berita tentang Syamsul. Saya hanya berharap urusan dia dipermudah, mungkin ada hikmah tersembunyi. Apabila berlaku perkara begini (perceraian) dalam hidup dia, sebagai kawan sudah tentu saya terasa.- Tambah Salina.

Salina, 42, mengakui terkejut dan sedih mendengar tentang kemelut rumah tangga Syamsul, namun tetap mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved