Tun M selesai mengadap Agong

Politics
24 Feb 2020 • 7:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

KUALA LUMPUR - Selepas 90 minit mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, kenderaan dinaiki Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat keluar dari pekarangan Istana Negara pada jam 6.18 petang.

Pergerakan keluar kereta dinaiki pemimpin itu diiringi tiupan muzik yang dimainkan oleh pasukan tentera Istana Negara.

Dr Mahathir turut melambai tangan dan tersenyum kepada media.

Sementara itu, kenderaan yang membawa Dr Mahathir tiba di kediamannya kira-kira jam 6.40 petang.

image is not available
Kenderaan rasmi yang membawa Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat keluar dari Istana Negara petang ini. - FOTO SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Bekas Perdana Menteri itu sekali lagi dilihat melambaikan tangan ke arah sekumpulan wartawan yang menunggu di luar kawasan kediaman beliau.

Kenderaan rasmi yang dinaiki Dr Mahathir bagaimanapun tidak diiringi mana-mana kenderaan kenamaan lain selepas hampir dua jam berada di Istana Negara.

Terdahulu, Dr Mahathir keluar dari kediaman rasminya kira-kira jam 4.20 petang untuk ke Istana Negara.

Tujuan Dr Mahathir menemui Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dipercayai bagi membincangkan perkembangan politik semasa selepas Ahli Parlimen Langkawi itu mengumumkan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Dr Mahathir tiba di Istana Negara

Anwar akui rayu Tun M kekal sebagai Perdana Menteri

DAP mahu Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri

Kerajaan PH secara rasmi hilang majoriti


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved