Zahirah Macwilson & Atikah Suhaimie Dipuji ‘Artis Paling Classy’, Netizen Kagum Sikap Matang & Tidak Berdrama

EntertainmentLifestyle
28 Nov 2025 • 10:17 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Tanpa terpalit sebarang kontroversi panas mahupun perang sindiran, dua nama pelakon terkenal, Zahirah Macwilson dan Atikah Suhaimie  kini menjadi bualan hangat selepas dipuji sebagai antara artis paling ‘classy’ di Malaysia.

Pujian itu tular menerusi satu perkongsian di Threads apabila seorang pengguna memuji sikap profesional dan matang kedua-dua pelakon tersebut yang tidak pernah memerli sesiapa atau terjebak dalam pergaduhan terbuka.

Advertisement

View this post on Instagram

“Artis paling berkelas jatuh kepada Zahirah Macwilson dan Atikah Suhaimie, tiada perli-perli. Tiada nak gaduh-gaduh bagai. Suka tengok diorang. Beauty with a brain,” tulis pengguna berkenaan.

View this post on Instagram

Perkongsian itu segera menerima sokongan ramai. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dan mengakui mereka menggemari personaliti Zahirah dan Atikah yang kekal fokus pada kerjaya tanpa mencetus drama tidak perlu.

Kaya tapi tak menunjuk.

Zahirah paling ratu. Dia buat hal dia je. Sama juga seperti Atikah.

Zahirah Macwilson yang paling unbothered.

image is not available
image is not available

Sikap tenang, rendah diri dan tidak mudah terheret dalam kontroversi menjadikan kedua-dua pelakon ini semakin dihormati  bukan sahaja kerana bakat, tetapi kerana keperibadian mereka yang elegan dan matang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2025-11-27 14:49:25

Kamal Adli Kini Duta Raya Baharu Jakel, Reaksi Netizen Cuit Perhatian - "Sungguh Pantas Bertindak.."

The post Zahirah Macwilson & Atikah Suhaimie Dipuji ‘Artis Paling Classy’, Netizen Kagum Sikap Matang & Tidak Berdrama first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article