Zahiril Adzim Betulkan Tanggapan Masyarakat Tentang Adab Ketika Makan – “Sunnah Makan Adalah Bercakap…”

EntertainmentLifestyle
13 Jan 2025 • 1:55 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, pelakon, Zahiril Adzim menerima teguran daripada netizen untuk tidak bercakap ketika makan.

Zahiril atau nama penuhnya Muhammad Zahiril Adzim Mohd Mokhtar mengambil keputusan untuk memperbetul pandangan netizen dan berkata sunnah ketika makan adalah bercakap.

image is not available

Menerusi satu video di TikTok, seorang individu telah memuat naik tangkap layar siaran langsung yang memaparkan pelakon itu sedang makan.

Susulan itu, dia dengan tegas berkata tanggapan itu salah dan menjadi tanggungjawabnya untuk membetulkan tanggapan tersebut.

Menurutnya, bercakap ketika makan adalah sunnah namun ia perlu dilakukan dengan tertib untuk mengelakkan ketidakselesaan pada orang lain.

image is not available

Itu (jangan bercakap semasa makan) salah, saya kena betulkan benda ni. Sunnah makan adalah bercakap. Masa mengunyah jangan bercakap, masa bercakap jangan mengunyah.

 

Jadi selama ini, kita diomok-omokkan bila makan, jangan bercakap, table manners. Ini semua kafir punya agenda. Kalau tak percaya, pergi tanya ustaz.

Pelakon itu turut berkata sebelum ini dia juga mempunyai tanggapan sebegitu dan dia turut mengamalkan perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, dia akhirnya mempelajari bahawa sunnah bercakap ketika makan ada kebaikannya sendiri yang mana ia boleh mengeratkan silaturrahim sesama insan.

@roslizawatiakasim sedikit ilmu Dr ketua @zahiriladzim ♬ original sound – Rose

Dalam pada itu, perkongsian Zahiril itu dipersetujui oleh seorang penceramah yang dikenali sebagai Dr Rozaimi Ramle.

Penceramah itu berkata, terdapat hadis daripada Rasulullah SAW yang membolehkan kita bercakap ketika makan kerana ia memberikan kemesraan kepada orang yang sedang makan dengan kita.

@drrozaimiramleofficial Sunnah bercakap ketika makan???ikuti perkongsian ini, semoga bermanfaat. #UniSIRAJ #disinipencintasunnahdilahirkan #AndaiTiadaDia #sunnah ♬ original sound – albatross

image is not available 8 months ago

“Ada Nak Hantar Santau” - Zahiril Adzim Dedah Teruk Dimaki & Dihina Selepas Pegang Watak Dr Omar