Selepas hampir setahun bergelar ibu tunggal, pelakon Zahnita Wilson bakal melangkah ke alam perkahwinan sekali lagi apabila dijadualkan mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan hatinya pada 26 September ini.
Zahnita, 40, bagaimanapun masih belum bersedia mendedahkan identiti bakal suaminya secara terperinci. Menurutnya, mereka sebenarnya tidak berkenalan terlalu lama, namun membesar dalam kawasan kejiranan yang sama.
AdvertisementView this post on Instagram
“Ya benar insya-Allah saya akan bernikah pada 26 September ini.
“Kami berkenalan tidak terlalu lama tetapi kami dibesarkan dalam kawasan kejiranan yang sama.
“Tak banyak yang saya boleh didedahkan sekarang, insya-Allah saya akan berkongsi tentang bakal suami bila sudah tiba masanya nanti,” katanya ketika dihubungi mStar.
Tertarik Dengan Sikap Penyayang
Bercerita mengenai lelaki yang berjaya menambat hatinya, Zahnita mengakui tertarik dengan sikap penyayang selain komunikasi yang baik antara mereka.
“Saya terpikat dengan lelaki ini kerana kami boleh berkomunikasi dengan baik, dia seorang yang penyayang dan mengambil berat.
“Sebenarnya ada banyak sebab kenapa saya terbuka untuk berkahwin lagi. Saya rasa apa yang membuatkan saya jatuh cinta kepadanya adalah apabila dia mengatakan sesuatu yang mampu menyentuh hati.
“Apa yang dia mahu hanyalah melihat saya bahagia,” ujarnya.
Dalam pada itu, Zahnita berkata keempat-empat anaknya turut menyambut baik berita perkahwinan tersebut dan bakal hadir pada hari bahagianya nanti.
“Alhamdulillah anak-anak tumpang gembira dengan berita perkahwinan saya. Bila ibu mereka gembira, anak-anak pun bahagia juga.
“Insya-Allah mereka juga akan hadir pada hari pernikahan saya nanti,” jelasnya.
Harap Kisahnya Beri Kekuatan Kepada Wanita Lain
Mengulas komen netizen yang menyifatkan dirinya semakin cantik dan kelihatan lebih bahagia selepas melalui fasa sukar dalam kehidupan, Zahnita berharap kisahnya dapat memberikan kekuatan kepada wanita lain.
Zahnita Tayang ‘Kekasih Baru’ Di IG, Tinggal 23 Hari Sebelum Detik Bahagia?
Pada Khamis, Zahnita menerusi Threads turut berkongsi hantaran dengan kapsyen ‘23 hari lagi’, sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan pengikut bahawa dia bakal menamatkan status sebagai ibu tunggal.
Dalam hantaran tersebut, Zahnita turut berkongsi foto bersama seorang lelaki, namun tidak mendedahkan keseluruhan wajah individu berkenaan.
Untuk rekod, Zahnita sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Abdul Zavery House Abdul Gafor pada 2005 sebelum mereka bercerai pada Ogos 2025.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Zahrafeena, 19, Zasharayna Ghouse, 14, Zahliya Syawwal, 9, dan Abd Zayden Ghouse, 5 tahun.
Bagaimanapun, pada Ogos lalu, Zahnita mengesahkan dirinya sudah mengikat tali pertunangan dengan seorang jejaka yang identitinya masih dirahsiakan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zahnita Tayang ‘Kekasih Baru’ Di IG, Tinggal 23 Hari Sebelum Detik Bahagia?
The post Zahnita Wilson Umum Bakal Nikah 26 September, Tunang Rupanya Jiran Kawasan Perumahan first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.





