Zaidatul Husniah pecah rekod 31 tahun G Shanti

12 Oct 2024 • 12:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Zaidatul Husniah mengungguli acara 100m wanita akhir Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata di Stadium Tuanku Syed Putra.

RATU pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli, mengukir sejarah tersendiri selepas melakar rekod kebangsaan baharu dalam acara 100 meter (m) di Kangar sebentar tadi.

Atlet berusia 31 tahun itu mencatat masa 11.49 saat (s) dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Perlis Cahya Mata di Stadium Tuanku Syed Putra.

Catatan masa tersebut sekali gus memadam rekod 11.50s milik bekas pelari pecut negara, G Shanti yang dilakukan di Kuala Lumpur pada 1993.

"Terima kasih kepada keluarga yang datang hari ini.

"Teruskan menyokong semua atlet. Terima kasih." katanya hiba.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved