Zakar dipotong, pundi kencing dibuang selepas hospital silap diagnosis kanser

WorldHealth & Fitness
27 Nov 2026 • 2:09 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Zakar dipotong, pundi kencing dibuang selepas hospital silap diagnosis kanser

STOCKHOLM: Sebuah hospital di Sweden mengakui kesilapan diagnosis sehingga menyebabkan zakar seorang lelaki dipotong, selain pundi kencing dan kelenjar prostatnya dibuang.

Kes itu berlaku di Hospital Skaraborg pada 2023, namun hanya didedahkan baru-baru ini.

Doktor pada mulanya mendiagnosis lelaki berkenaan menghidap kanser prostat, sedangkan dia sebenarnya menghidap kanser uretra atau salur kencing.

Kesilapan itu menyebabkan penyakit sebenar lelaki berkenaan tidak dirawat selama tujuh bulan, sekali gus memberi peluang kepada kanser itu untuk terus berkembang.

Apabila kesilapan diagnosis disedari, keadaan sudah terlambat dan pakar bedah terpaksa membuang zakar yang dijangkiti kanser, selain kelenjar prostat serta pundi kencingnya.

Lelaki itu turut menjalani prosedur urostomi dan kolostomi yang menyebabkan air kencing serta najisnya disalurkan keluar melalui bukaan pembedahan pada bahagian perut.

Pihak hospital kini mengakui pembedahan itu mungkin tidak perlu dilakukan sekiranya diagnosis tepat diberikan sejak awal.

Ujian yang dipercayai mengelirukan itu dijalankan oleh syarikat kesihatan Switzerland, Unilabs, sebelum dianalisis di makmalnya di Skövde.

Unilabs turut mengakui insiden itu menyebabkan kecederaan serius kepada pesakit dan dikategorikan sebagai kesan kekal.

Menurut laporan yang dikeluarkan syarikat itu, kesilapan berkenaan disahkan awal tahun ini, manakala kelemahan latihan serta tahap kepakaran yang rendah dikenal pasti sebagai antara faktor penyumbang kepada kegagalan itu.- AGENSI

The post Zakar dipotong, pundi kencing dibuang selepas hospital silap diagnosis kanser appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved