“Zaman Sekarang Banyak Bapa Tak Guna” – Zarina Anjoulie Dedah Perangai Bekas Suami

LocalEntertainment
26 Feb 2025 • 1:34 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Zarina Anjoulie

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie sekali lagi mencuri perhatian apabila mendedahkan bekas suaminya tidak memberikan nafkah kepada anak mereka.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Zarina meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir bapa yang tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak selepas penceraian.

Jangan cakap nak bayar nafkah, tengok anak pun taknak.

Zarina Anjoulie tak harap nafkah, tapi jangan lepas tanggungjawab

Menurut Zarina, dia tidak mengharapkan wang daripada bekas suaminya tapi menegaskan tanggungjawab sebagai seorang bapa tidak boleh diabaikan begitu saja.

Sebab tu saya tak kisah dia beri nafkah ke tidak, tapi jangan nanti dah tua, dah nazak baru nak cari anak awak.

Anju juga membandingkan keadaan sekarang dengan zaman dahulu, di mana kebanyakan bapa lebih bertanggungjawab dan memahami kewajipan mereka.

Zaman sekarang bukan macam zaman dulu. Masa saya kecil dulu, mak ayah saya bercerai tapi tetap bayar nafkah.

Netizen setuju, nafkah anak tanggungjawab bapa

image is not available

Luahan Zarina ini mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen bersetuju bahawa nafkah anak adalah tanggungjawab bapa, bukan pilihan.

#ApaKataOhmedia

Sebagai ibu bapa, tanggungjawab terhadap anak tidak berakhir selepas penceraian. Jangan biarkan emosi atau konflik dengan pasangan mengabaikan hak anak-anak yang tidak bersalah.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: TikTok


The post

appeared first on

.

View Original Article