Pelakon dan pempengaruh media sosial, Zarina Anjoulie tak harapkan nafkah bekas suami, Pengiran Ilham Syazwan yang juga bapa kepada anaknya, Awangki Gabriel Martin Ezra.
Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul, 38, secara terbuka meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir bapa yang tidak bertanggungjawab terhadap anak-anak selepas penceraian.
“Jangan cakap nak bayar nafkah, tengok anak pun tak nak. Zaman sekarang ni banyak bapa dah tak guna,”katanya.

Zarina Anjoulie tak harapkan nafkah bekas suami
Kata Zarina, ia merujuk kepada sikap lelaki tersebut yang tidak memberikan nafkah kepada anak tunggal mereka yang kini sudah mencecah usia 9 tahun.
Meskipun tidak terlalu mengharapkan nafkah daripada bekas suaminya, tetapi Zarina menegaskan bahawa sebagai seorang ayah, tanggungjawab terhadap anak tidak boleh diabaikan begitu sahaja. Zarina turut menyifatkan bahawa kebanyakan lelaki yang menggalas tugas sebagai bapa pada masa kini gagal melakukan tanggungjawab dengan baik. Jawapan Anju Bila Netizen Tanya Tentang Nafkah Matin #zarinaanjoulie #fyp #fypage #fypシ゚ #foryou #foryoupage #foryoupage #berandatiktok #berandafyp #esekeli Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat Zarina yang mana golongan lelaki seharusnya memikul tanggungjawab terhadap anak dengan baik meskipun selepas perceraian. Sekadar info, Zarina Anjoulie dan Pengiran Mohd Ilham Syazwan berkahwin pada 8 Februari 2015. Namun, mereka bercerai secara baik pada 18 Disember 2016, selepas setahun lima bulan perkahwinan dengan menyatakan perbezaan usia dan ketidakmatangan suami menjadi faktor utama perceraian. Sumber: TikTok zarinaanjoulie37
“Sebab tu saya tak kisah dia beri nafkah ke tidak, tapi jangan nanti dah tua, dah nazak baru nak cari anak kau,” tegasnya.

“Zaman sekarang bukan macam zaman dulu yang mana banyak bapa lebih bertanggungjawab. Tak payahlah nak mengharapkan nafkah. Masa saya kecil dulu, mak ayah saya bercerai tapi tetap bayar nafkah,”katanya lagi.
Betul tu! Samalah kita..



