Zambry Cadang Hari Akademia Diraikan Lebih Meriah, Hargai Sumbangan Warga Akademia

LocalOpinion
5 Oct 2026 • 10:18 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Zambry Cadang Hari Akademia Diraikan Lebih Meriah, Hargai Sumbangan Warga Akademia

Hari Akademia perlu diraikan dengan lebih besar sebagai wadah menghargai jasa pensyarah, penyelidik, ilmuwan dan seluruh warga akademia yang berperanan mendidik generasi, mengembangkan ilmu serta membina masa depan negara.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kekuatan sebenar sistem pendidikan tinggi negara banyak bergantung kepada warga akademia yang menjadi penggerak kepada kejayaan mahasiswa, penyelidikan, inovasi serta pencapaian institusi di peringkat antarabangsa.

Katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini, kemajuan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) yang berkembang pesat tidak seharusnya menyebabkan peranan ilmu dan kebijaksanaan warga akademia diketepikan.

“Negara menjadi hebat apabila ilmu dimuliakan dan orang yang mengembangkan ilmu dihargai. Dalam mengejar kemajuan teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI) yang berkembang begitu pantas, jangan sesekali kita mengetepikan ilmu dan kebijaksanaan para murabbi,” katanya.

Menurut Zambry, warga akademia bukan sekadar menyampaikan ilmu, malah berperanan membimbing masyarakat untuk berfikir, menilai serta membentuk adab dalam penggunaan ilmu, khususnya ketika perkembangan teknologi berlaku dengan begitu pantas.

Beliau berkata, selepas hampir tiga tahun menerajui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), beliau semakin yakin pencapaian sektor pendidikan tinggi banyak bergantung kepada insan yang menghidupkan ekosistem tersebut.

Sehubungan itu, Zambry mencadangkan supaya Hari Akademia yang disambut pada 5 Oktober diberikan wajah dan semangat yang lebih besar menerusi sambutan lebih meriah di universiti, politeknik dan kolej komuniti.

“Bukan sekadar satu acara tahunan, tetapi menjadi budaya menghargai ilmu dan mereka yang mengabdikan kehidupan kepada ilmu,” ujarnya.

Baca juga:

Terdahulu, Zambry hadir pada Sambutan Hari dan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2026 di Universiti Malaya (UM).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved