Siti Nurhaliza Hargai Dedikasi Warga Kerja Album Gema Bumantara

EntertainmentMusic
27 Sep 2026 • 4:49 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Siti Nurhaliza Hargai Dedikasi Warga Kerja Album Gema Bumantara

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menyifatkan pengiktirafan yang diterima oleh barisan belakang tabir album Gema Bumantara sebagai detik bermakna buat dirinya dan seluruh warga kerja yang terlibat dalam penghasilan album berkenaan.

Siti Nurhaliza berkata, detik berkenaan mungkin tidak selalu hadir, namun hadir tepat pada waktunya sebagai kurniaan rezeki buat dirinya serta seluruh pasukan album tersebut.

Katanya, beliau amat menghargai dedikasi dan kepercayaan yang diberikan oleh semua pihak yang terlibat dalam penghasilan Gema Bumantara.

“Malam tadi, saya menjadi saksi ramai pihak di belakang tabir album ini diberi pengiktirafan sebagai lima calon akhir, walaupun bukan semua yang berjaya saya bawa ke atas pentas.

“Namun, saya menghargai semua penerbit, komposer, penulis lirik, jurutera bunyi dan semua yang terlibat dalam album ini,” katanya dalam satu hantaran Instagram miliknya.

Dalam hantaran sama, Siti Nurhaliza turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Komunikasi menerusi MyCreative Ventures atas sokongan terhadap pembangunan industri kreatif negara.

Menurutnya, sokongan itu disalurkan menerusi Dana Kandungan Kreatif – Dana Kebolehan Pasaran (Domestik) 2.0 bagi beberapa lagu dalam album berkenaan.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada SN Legacy, Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music selaku penerbit bersama album Gema Bumantara.

“Terima kasih atas sokongan kepada pembangunan industri kreatif negara melalui Dana Kandungan Kreatif – Dana Kebolehan Pasaran (Domestik) 2.0 untuk beberapa lagu dalam album ini.

“Tahniah SN Legacy, Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music selaku penerbit bersama untuk album ini,” ujarnya.

Baca juga:

Siti Nurhaliza turut menyeru semua pihak supaya terus meraikan pencapaian berkenaan dan menghasilkan karya baharu dalam industri kreatif.

“Ayuh! Raikan semua dan terus berkarya,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved