Zamri Vinoth ditahan polis! Catatan Facebook berhubung isu kuil undang padah?

LocalPolitics
27 Mar 2025 • 8:22 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penceramah bebas, Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu dilaporkan telah ditahan polis berhubung satu catatan di Facebook yang didakwa boleh menggugat ketenteraman awam.

image is not available

KPN maklum Zamri Vinoth ditahan ada kaitan dengan hantaran FB

Memetik laporan dari Malaysia Gazette, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan catatan tersebut dikaitkan dengan isu penempatan semula Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Kuala Lumpur sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat.

image is not available

Zamri Vinoth ditahan di IPD Padang Besar

Difahamkan, Zamri kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar dan akan dibawa ke Mahkamah Kangar esok bagi permohonan reman untuk membantu siasatan.

Kes ini mendapat perhatian ramai memandangkan Zamri sebelum ini pernah terpalit dengan beberapa kontroversi membabitkan kenyataan berkaitan isu agama dan sensitiviti kaum.

image is not available

Sebelum ini juga, Razarudin ada memaklumkan bahawa pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima sebanyak 894 laporan kes melibatkan pendakwah bebas tersebut melibatkan isu agama, kaum dan institusi diraja (3R).

Sumber: Malaysia Gazette (Kasthuri Jeevendran)