Zaqhwan Zaidi: Permulaan yang sukar, bukan pengakhiran

25 Feb 2025 • 2:57 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available


Setelah sekian lama kami berdiam, hari ini kami terdetik untuk memberi rumusan tentang ini. Terimalah nukilan ini:

Permulaan musim WSBK 2025 bukanlah sesuatu yang mudah buat Zaqhwan Zaidi. Beliau berdepan cabaran besar sejak awal, termasuk terlepas ujian pra-musim di Australia akibat masalah visa. Ini menyebabkan Zaqhwan hanya dapat menunggang jentera Honda CBR1000RR buat pertama kali di FP1 di Phillip Island iaitu di litar yang juga asing baginya. Tanpa cukup masa untuk menyesuaikan diri, beliau gagal mencapai syarat kelayakan 105% daripada pelumba terpantas, menyebabkan beliau tidak dibenarkan berlumba.

Namun, apa yang lebih menyedihkan adalah reaksi segelintir pihak yang memperlekehkan Zaqhwan, membandingkan catatannya dengan pelumba kelas WSSP dan seolah-olah menafikan kehebatannya.

Buat mereka yang cepat menghukum, ingatlah – ini bukan soal kelemahan individu, tetapi realiti kejam perlumbaan peringkat dunia. Honda sendiri sedang bergelut di WSBK, dengan prestasi jentera CBR1000RR yang masih ketinggalan berbanding pesaing utama seperti Ducati dan Yamaha. Malah, pasukan MIE Racing sendiri bukanlah pasukan yang konsisten dalam meraih keputusan cemerlang. Pelumba sebelum ini juga berdepan cabaran besar dalam pasukan yang sama.

Zaqhwan bukan calang-calang pelumba, beliau adalah juara ARRC, juara dalam kategori ASB1000 dengan jentera Honda CBR1000RR, dan sudah banyak kali mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa. Tidak adil menilai seseorang hanya dari satu perlumbaan, lebih-lebih lagi dalam situasi yang begitu mencabar.

Pelumba hebat pernah melalui kejatuhan, tetapi mereka bangkit lebih kuat. Jangan lupa, suatu ketika dahulu Toprak Razgatlioglu juga bermula dengan kesukaran sebelum menjadi juara dunia.

Zaqhwan, teruskan perjuangan! Kamu sudah berada di pentas tertinggi, dan ini hanyalah permulaan. Malaysia tetap di belakangmu!

Teruskan Bersama Two Wheels!

#twmedia #tw #twgear #KeepFightingZaqhwan #WSBK #MIEPetronas #MalaysianPride

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved