Zaquan Adha Reda Pemergian Anak Bongsu - “Buat Masa Sekarang Saya Tak Boleh…”

12 Feb 2025 • 12:12 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Bekas pemain bola sepak negara, Zaquan Adha reda dengan pemergian anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees yang meninggal dunia pada Selasa.


Reda pemergian anak bongsu

Menurut Zaquan, buat masa ini dia tidak dapat memberikan sebarang kenyataan secara terperinci dan mahu memberikan fokus untuk menyelesaikan segala urusan terlebih dahulu.


 

“Buat masa sekarang ini saya tak boleh beritahu lagi, balik nanti baru saya nak selesaikan semua benda,” katanya.

 


Zaquan berkata demikian ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Rembau, Negeri Sembilan sebentar tadi.


 


Jenazah anak bongsunya akan dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan esok.

        View this post on Instagram                      

A post shared by Astro Gempak (@astrogempak)

 


Terdahulu, Zaquan berkongsi khabar duka kehilangan anak bongsunya itu menerusi hantaran di Instagram Storiesnya pada Selasa.


 


Manakala, Rozita menerusi kiriman teks kepada media memberitahu kejadian yang berlaku sekitar tengah hari Selasa difahamkan akibat meninggal dunia ketika tidur.

 


Untuk info, pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan anak ketujuhnya itu pada 2 Ogos lalu dengan berat 2.3 kilogram.


 


Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011 dan turut dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12 Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.