Zara Qairina Dituduh Curi Wang Sebelum Ditemui Tidak Sedarkan Diri

LocalPolitics
12 Sep 2025 • 1:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Ohmedia inkues kes zara qairina

Mahkamah Koroner mendedahkan perkembangan mengejutkan mengenai kes pelajar tingkatan satu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang ditemui tidak sedarkan diri di asrama sebelum ini.

Menurut laporan Kosmo, Zara telah dituduh mencuri wang sehari sebelum insiden berlaku dan perkara ini dikatakan saksi keenam yang merupakan pengawal keselamatan asrama Linah Mansoding @ Jaliha.

Seorang pelajar mengadu kehilangan wang tunai RM300 bersama kad banknya pada 15 Julai lalu kira-kira jam 8 malam. Pelajar itu mendakwa Zara yang mencurinya.

Zara Qairina dipanggil oleh senior tingkatan empat?

image is not available

Linah berkata, aduan tersebut telah dimaklumkan kepada pelajar tingkatan empat yang berperanan sebagai penjaga asrama.

Selepas aduan itu, pelajar tingkatan empat memanggil Zara untuk berjumpa, namun saya tidak pasti apa yang berlaku selepas itu.

Perjumpaan haram ‘MA’?

image is not available

Lebih mengejutkan, Linah turut mendedahkan kemungkinan Zara telah dibawa menghadiri satu perjumpaan haram dikenali sebagai ‘MA’ selepas insiden tuduhan tersebut.

Berkemungkinan dia dibawa untuk menghadiri perjumpaan ‘MA’.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya besar tentang apa sebenarnya yang berlaku kepada Zara sebelum beliau ditemui tidak sedarkan diri.

Pssttt! Kes Zara Qairina jadi pengajaran penting. Jangan ambil tindakan sendiri bila ada masalah di asrama atau sekolah. Serahkan kepada guru dan pihak berkuasa supaya nyawa tidak jadi taruhan.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

The post

appeared first on

.