![Image from: Zara Zya Dedah Sisi Gelap Dunia Hiburan, Dakwa Pernah Disuruh Buka Baju & Rakan Artis Ambil Kesempatan [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/Zara-Zya-dedah-sisi-gelap-industri-hiburan-800x475.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Perjalanan menjadi anak seni seperti pelakon mahupun penyanyi pastinya tidak mudah dan perlu bermula dari bawah. Malah setiap dari mereka mempunyai cerita perjalanan yang tersendiri.
Bahkan ada yang terpaksa melalui pelbagai cabaran termasuklah gangguan daripada individu tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan.
Zara Zya kongsi sisi gelap industri hiburan, pernah ditolak kerana bawa ibu ke tempat uji bakat
Pelakon wanita, Zara Zya baru-baru ini mendedahkan antara sisi gelap yang dilaluinya dalam cabaran menjadi pelakon.
Dalam satu temubual Zara Zya berkata, sewaktu awal kemunculannya dalam industri dia pernah ditolak oleh produksi hanya disebabkan membawa ibu bersama sewaktu sesi uji bakat dilakukan.
“Dia ingat aku bila shooting (pengambaran) pun bawa mama aku. Kenapa? Sebab niat dia tak elok, kalau aku bawa mama macam mana dia nak buat sesuatu dekat aku. Macam mana nak ajak aku ke karaoke, nak ajak aku ke bilik contoh macam tu. Tak masuk akalkan? Tapi itu berlaku,” ujarnya.
Ajak pergi karaoke dan suruh buka baju
Kata aktres itu lagi, ada juga individu yang mengajaknya berjumpa di karaoke dan bilik hotel kononnya untuk memberikan skrip. Malah dia sama sekali tidak menyangka, individu yang melakukan perkara tersebut pernah bertemunya beberapa kali.
“Satu hari tu nak karaoke, pergi. Aku pergi dengan kawan aku. Bila kawan aku keluar (dari bilik karaoke), dia suruh (Zara) buka baju. Aku lari lah, tapi bukan lari yang macam tu. Aku orang yang tenang, tak mudah panik sangat. Kalau aku panik pun aku masih relaks.
“Aku tahu cara macam mana nak lari dengan baik, jadi orang tu tak akan mengejar aku. Jadi aku cakaplah aku nak keluar sekejap, kawan tadi ada tinggal barang. Aku keluar lepas tu tak patah balik dah. Dia cari aku, aku terus block (sekat).”
Ada rakan artis ajak ke hotel, rupanya ada orang kenamaan sudah menunggu
Zara turut mendakwa ada juga rakan artis yang dikenali mengajaknya ke hotel. Namun apabila ke sana terdapat lelaki kenamaan yang sudah menanti.
“Terkejut eh, ingatkan ada buat makan-makan ke apa. Tak. Memang ada orang yang menunggu-nunggu ni untuk masuk ke bilik-bilik. Aku tak nak, dia tak nak hantar aku keluar. Lama juga untuk aku tarik tali kan. Orang ajak, tak nak.
“Tapi situasi tu menakutkan tau, buat aku rasa ‘eh kenapa buat aku macam ni ya, aku dah percaya tapi kenapa ajak aku buat benda-benda macam ni.’ Dia ingat mungkin aku macam dialah, sejenis yang sibuk keluar.
“Memang aku perlukan duit waktu itu. Buat apa, benda tu tak baik lah dengan cara itu. Jatuh bangun pun aku masih dengan cara yang baik,” katanya lagi.
Ada yang tawar nak ‘bela’
Bukan hanya itu, dia juga mendedah ada pihak juga menawarkan untuk ‘membelanya’. Tegas aktres itu perkara berkenaan telah melampaui batas.
Zara turut meminta orang ramai untuk berhati-hati dan jangan membazirkan masa dengan individu yang mengajak kepada perkara tak baik itu.
Selain itu, aktres itu turut meminta pihak yang terlibat dalam industri untuk bercakap secara berterus-terang dan tidak menjanjikan bulan dan bintang.
“Ada artis yang tahap menggatal, nak meraba tapi bila kita jumpa dia macam pandang sekilas atau pun melarikan diri. Aku rasa ramai juga yang hadap perkara yang sama. Tapi bila aku ada di tempat sekarang, baru orang ada hormat pada aku.
“Bila (masa) awal-awal, bukan sesiapa, orang tak kenal orang nak makan aku (jerat). Tapi bila aku ditahap sekarang ni, orang berjaga-jaga.”
Zara mengatakan dia bersikap profesional dan tidak mempunyai masalah namun tidak mahu bekerjasama dalam satu produksi seperti melakukan drama dan sebagainya. Namun sekiranya berada dalam acara sama maka dia hanya bersikap profesional.
Walau bagaimanapun, ia tidak bermaksud dia memandang enteng terhadap perkara itu. Ikutkan hati pasti ada tindakan yang mahu dilakukan tetapi dia tidak mempunyai sebarang bukti.
View on Threads
