“Masa Dapat ‘Payment Tu, Dia..” – Individu Dakwa Pernah Bekerja Sekali, Dedah Sikap Bella Astillah

LocalEntertainment
27 Apr 2026 • 3:53 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Seorang individu tampil berkongsi pengalaman peribadinya pernah bekerja bersama penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menerusi perkongsian di platform Threads, individu tersebut mendedahkan sisi pemurah kedua-dua figura berkenaan, khususnya dalam membantu masyarakat.

Advertisement
View this post on Instagram

Menurutnya, selain Syed Saddiq, Bella juga dikatakan turut menyalurkan sumbangan ke akaun Muar bagi tujuan kebajikan rakyat di kawasan tersebut.

Apa yang lebih menyentuh hati, sumbangan itu didakwa dilakukan secara senyap tanpa pengetahuan ramai.

image is not available

 

“Pernah kerja dengan @bellaastillah dan YB @syedsaddiq. Masa dapat payment tu, part YB memang 100% masuk ke akaun Muar untuk rakyat Muar.”

“And korang tahu tak Bella pun ada bagi sumbangan juga,sumbang sikit portion dia ke akaun Muar tanpa YB tahu pun,” kongsinya.

Dalam masa sama, individu berkenaan turut menitipkan doa agar Bella terus kuat dalam menghadapi sebarang ujian yang mendatang.

“Akak doakan apa pun ujian yang datang Bella terus kuat ya. Moga Allah lindungi Bella dan keluarga,” coretnya lagi.

Perkongsian tersebut nyata mengundang perhatian ramai, dengan rata-rata netizen meluahkan rasa tersentuh terhadap keikhlasan yang ditunjukkan oleh Bella.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available2026-04-25 18:05:08

Ruhainies & Sarah Yasmine ‘Buka Cerita Lama’ Di Threads, Netizen Mula Desak Bella Astillah Bersuara - "Melampau Sangat!"

The post “Masa Dapat ‘Payment Tu, Dia..” – Individu Dakwa Pernah Bekerja Sekali, Dedah Sikap Bella Astillah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved