Zarif Ghazi Tak Kejar Anugerah, Mahu Fokus Asah Bakat Lakonan - “Saya Masih Hijau…”

6 Jun 2025 • 8:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Zarif Ghazzi tidak menolak sekira namanya tercalon atau memenangi sebarang anugerah dalam industri seni tanah air.

Namun begitu, baru menginjak usia 21 tahun, Zarif akui dirinya masih hijau dalam bidang lakonan dan banyak perkara yang perlu dipelajarinya. 

Kata Zarif, fokus utamanya kini adalah untuk memperbaiki teknik lakonan dan membina reputasi sebagai seorang pelakon versatil.

"Kalau ada peluang untuk dapat pencalonan atau nama keluar dekat skrin besar bagi saya mantap juga. Tapi saya masih hijau di dalam industri untuk merangkul anugerah cuma kalau dah kata rezeki untuk saya dapat pastinya saya bersyukur.

"Sebab sekarang ni pun saya banyak lagi nak belajar, menjadi keutamaan saya untuk beri fokus kepada teknik lakonan saya untuk saya sampaikan kepada penonton yang menonton dengan baik,” katanya kepada Gempak.

Dalam pada itu, Zarif atau Zarif Farahi Effie Ghazzi juga meluahkan rasa syukur selepas menerima tawaran untuk memainkan watak utama dalam drama Abang Iman Minah Skuter.

"Saya rasa gembira sebab diberi kepercayaan untuk membawa watak utama yang tak pernah saya bawa pada masa sama saya rasa terharu untuk menggalas tanggungjawab ini.

"Sebenarnya ia memberi tekanan kepada saya sebab kita yang akan membawa cerita ini. Tapi saya percaya bila saya dah study ia tak akan susah untuk saya," ujarnya. 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved