Zarif Ghazzi Tak Menyesal Bawa Watak Dr Fakhrul, Anggap Beri Impak Positif - “Rasa Seram, Budak-Budak Ada Datang Tegur…”

21 Jul 2025 • 8:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon, Zarif Ghazzi tidak menolak bahawa wataknya sebagai Doktor Fakhrul dalam drama Seribu Tahun telah membuka mata banyak pihak produksi untuk menawarkannya peluang berlakon.
 

Impak positif

Menurut Zarif, dia menganggap perkara itu sebagai satu impak positif dalam kerjayanya.


 

“Saya semakin banyak dapat tawaran berlakon selepas itu. Memang ini apa yang saya inginkan sejak dulu.
 
“Saya juga melihat apa yang dilalui dan impak yang diberikan pelakon terdahulu. InsyaAllah saya buat termampu untuk galas tanggungjawab itu,” ujarnya.

 


Zarif berkata demimikian ketika ditemui Gempak di teater Persiapan Seorang Aktor, baru-baru ini.


 

Terkejut kanak-kanak kenal

 


Bagaimanapun kata Zarif, dia berasa gembira dan seram pada masa yang sama apabila namanya mula menjadi tumpuan selepas membawakan karakter lelaki songsang itu dalam drama tersebut.


 


Kongsi Zarif atau nama sebenarnya Zarif Farahi Effie Ghazzi, 21, dia sering disapa peminat yang selalunya datang daripada kalangan budak-budak membuatkannya terkejut dan berjaga-jaga.


 


“Alhamdulillah, sejak kejayaan drama itu saya semakin dikenali. Sehingga budak-budak ada datang tegur ‘eh abang ini Doktor Fakhrul lelaki songsang itu kan?’.


 

“Bila dapat reaksi begitu, saya gembira dan seram pada masa yang sama. Adik itu kecil lagi tapi sudah tahu perkara begitu. 
 
“Apapun saya tidak menyesal, tapi bersyukur ia membuatkan saya semakin matang dalam industri,” katanya.

 


Menyedari peminatnya datang daripada generasi muda, Zarif tidak bercadang untuk memilih watak namun memastikan karakter lakonannya memberikan pengajaran besar kepada masyarakat.


 


“Saya selalu hadkan diri  di mana tidak kisah mahu bawa apa-apa karakter asalkan ia bukan ‘kosong’. Perlu ada mesej yang mahu disampaikan kepada penonton,” tegasnya.


 


Dalam perkembangan lain, Zarif baru selesai menjalani penggambaran sebuah filem pendek ‘Rumah Menanti Cahaya’ di Jakarta yang menampilkan gabungan pelakon Malaysia dan Indonesia. 


 


 

View Original Article