Zarina Anjoulie Gembira Pembedahan Hidung Berjaya, Rasa Lebih Yakin Depan Kamera

1 Sep 2024 • 1:52 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Pelakon sensasi Zarina Anjoulie menzahirkan rasa gembira apabila proses pembedahan hidung yang dilakukan berjalan dengan lancar.

Buat Pembedahan Di Vietnam

Menerusi hantaran di Instagram, Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju berkata, pembedahan tersebut dilakukan di sebuah klinik di Vietnam dan kini dirinya memerlukan rehat yang cukup.

“Alhamdulillah, hidung saya dah okay dari Vietnam. Proses pembedahan berjalan dengan lancar.

“Jadi sekarang saya sangat penat dan perlu rehat secukupnya,” katanya.





 

Anju menyatakan hasil yang didapati tiada lagi benjolan di hidungnya dan dia lebih yakin untuk melakukan sesi pengambaran.

“Hidung saya dah tak ada benjol dekat depan, doktor dah ratakan bahagian itu dan sekarang kalau saya nak buat photoshoot atau bergambar lagi cantik dari sisi tepi,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved