
Baru-baru ini, pelakon dikenali ramai iaitu Zarina Zainuddin ada berkongsikan satu video memaparkan dirinya mengalunkan selawat tafrijiyyah di platfor TikTok hingga meraih perhatian ramai.
Dalam video berdurasi minit itu, netizen kebanyakannya meluahkan rasa kurang senang apabila mendengar alunan selawat daripada pelakon terbabit.
Bahkan, netizen mendakwa diri mereka mendapat dosa kerana menyifatkan alunan selawat Zarina tidak ‘enak’ untuk didengari dan sumbang.
Dalam pada masa yang sama, ada yang menegur Zarina untuk perbetulkan makhraj (sebutan) selawat tersebut kerana bimbang membawa kepada maksud yang lain.

Melalui laporan pihak mStar, sewaktu menghubungi Zarina, pelakon itu berkata asalnya video terbabit hanya untuk simpanan sendiri selepas terinspirasi daripada sahabatnya yang gembar berselawat di dalam kereta.
"Terima Kasih Kak Wakilkan Kami.." - Video Zarina Zainuddin 'Lempang' Muka Ira Kazar Jadi Sorotan
The post Zarina Zainuddin Alun Selawat Tafrijiyyah, Netizen Pula Pertikai Hal Lain – “Betulkan Makhraj, First Time Dengar Selawat Tak Tenang” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
