Zarina Zainuddin ditegur netizen, buat konten ketika Sky Okumura mahu bersendirian

LocalEntertainment
5 Mar 2025 • 5:47 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Zarina Zainuddin ditegur netizen

Pelakon wanita, Zarina Zainuddin ditegur netizen susulan membuat konten dengan meminta anak kepada usahawan Ridzuan Ridzokumura iaitu Sky Okumura memegang kamera sewaktu dia sedang ingin bersendirian.

Menerusi video yang tular di Facebook, Zarina dilihat memasuki bilik yang ditempati oleh Sky dan menghampiri kanak-kanak berkenaan sebelum merakamnya.

 

Zarina Zainuddin ditegur netizen, minta beri ruang kepada Sky

Dapat dilihat yang Sky membaca komen daripada orang ramai dipercayai ketika Zarina sedang bersiaran langsung di media sosial.

image is not available

Zarina Zainuddin ditegur netizen, tidak wajar jadikan Sky konten

Tindakan tersebut mengundang kecaman netizen kerana merasakan apa yang dilakukan pelakon terbabit kurang wajar memandangkan kanak-kanak berkenaan baru sahaja kehilangan ibu tersayang.

Boleh jadi, dia duduk bersendirian di ruangan terbabit bertujuan untuk menenangkan diri kerana masih lagi bersedih dengan kehilangan insan tersayang sebelum Ramadan tempoh hari.

image is not available

Biarkan dia berseorangan dahulu

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang kurang bersetuju dengan apa yang dilakukan Zarina dan memintanya memberikan ruang kepada Sky Okumura untuk bersendirian.

Mereka juga berharap pelakon terbabit tidak menjadikan kesedihan kanak-kanak berkenaan sebagai konten kerana dia baru sahaja kehilangan ibu dan pastinya sedang bersedih dengan apa yang telah berlaku.

image is not available

Sudah-sudahlah jadikan Sky konten

image is not available

Bagilah dia masa tenangkan diri

image is not available

Sekadar info, Zarina Zainuddin merupakan anak saudara kepada Ridzuan Ridzokumura yang telah kehilangan isteri pada Jumaat lalu.

Isteri kepada usahawan terbabit, Akiko Okumura merupakan warga Jepun yang sudah menetap 14 tahun di Malaysia didapati meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium di SS16.

Sumber: Facebook Azal dan Azil