Zed Zaidi Tegur Pasangan Pelakon Baru ‘Comolot’ di Photobooth – “Lebih Baik Terus Berkahwin”

LocalEntertainment
2 Sep 2025 • 2:39 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi memberi peringatan kepada dua pelakon terkenal yang didakwa melakukan aksi tidak senonoh dengan bercumbu di photobooth sebuah pusat beli-belah baru-baru ini.

Menurut Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 44, jika perkara itu berulang, dia tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap pasangan berkenaan.

image is not available

Katanya kepada mStar,

Ini amaran kepada artis baharu yang mungkin terkejut dengan populariti. Ingat, sebagai selebriti setiap gerak-geri kita diperhatikan. Jangan cemarkan nama industri dengan aksi tidak sopan. Kalau betul nak bercinta, lebih baik terus berkahwin.

Tambahnya, setakat ini tindakan rasmi belum diambil kerana beliau memilih untuk memberi peringatan terlebih dahulu. Namun, sekiranya kejadian sama berulang, Seniman akan mempertimbangkan hukuman lebih berat.

image is not available 2025-08-22 13:58:54

Dua Pelakon Popular Kantoi Rakam Aksi Mesra Di Photobooth - "Seronok Bercomolot"