Zeekr lantik Carro sebagai pengedar rasmi terbaharu di Malaysia

LocalCars
16 Jun 2025 • 5:05 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Zeekr lantik Carro sebagai pengedar rasmi terbaharu di Malaysia

image is not available

16/06/2025 - 17:05

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 16 Jun - Jenama kenderaan elektrik (EV) premium global, Zeekr, melantik Carro sebagai pengedar rasmi terbaharu di Malaysia bagi memudahkan akses pengguna terhadap kenderaan elektrik premium.

Ia juga menunjukkan kerjasama strategik antara Zeekr dan Carro untuk membina rangkaian jualan dan servis EV di negara ini.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian itu, Zeekr dan Carro akan membuka empat lagi bilik pameran baharu yang dikenali sebagai Zeekr Space, serta menubuhkan tiga bengkel Carro Care bagi menyediakan khidmat penyelenggaraan dan baik pulih kenderaan.

Menurut Pengarah Urusan Zeekr Asia Tenggara, Alex Bao, sambutan baik daripada pelanggan di Malaysia menunjukkan minat yang semakin tinggi terhadap EV berkualiti.

"Kami komited untuk terus berkembang di Malaysia dan kerjasama dengan Carro adalah langkah penting untuk menguatkan rangkaian jualan dan servis kami," katanya dalam satu kenyataan.

image is not available
Gambar/FB Zeekr Malaysia

Pelantikan itu dimeterai menerusi satu Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani di bilik pameran utama Carro di Puchong.

Dengan kerjasama tersebut, Carro yang juga platform automotif digital terbesar di Asia Pasifik, kini memasuki pasaran kereta baharu di Malaysia.

Ini menjadikan Malaysia negara kedua selepas Singapura yang menawarkan jualan kereta baharu oleh Carro, lengkap dengan perkhidmatan kewangan, insurans, penyelenggaraan dan jaminan dalaman.

Carro mula memasuki pasaran Malaysia pada 2019 sebagai pelabur dalam platform bidaan kenderaan terpakai myTukar, sebelum menjenamakan semula platform itu kepada Carro Malaysia pada 2024.

image is not available
Gambar/FB Zeekr Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Carro bagi Pasaran Antarabangsa, Fong Hon Sum berkata, kerjasama berkenaan memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna Malaysia yang semakin berminat dengan kenderaan mesra alam.

"Dengan kemudahan yang semakin baik dan insentif cukai daripada kerajaan, kami yakin pasaran EV di Malaysia akan terus berkembang.

"Kami juga bersedia memberi sokongan teknikal dan penyelenggaraan untuk kenderaan Zeekr," jelasnya.

Model Zeekr kini boleh ditempah di laman web carro.co/zeekr, dengan dua model utama ditawarkan iaitu Zeekr 009 dan Zeekr X pada harga permulaan serendah RM155,800.

Kedua-duanya dikenali dengan teknologi EV terkini, ruang dalaman yang luas dan pengalaman pemanduan yang mewah.

Model MPV mewah, Zeekr 009, ditawarkan dalam tiga varian iaitu Executive (7 tempat duduk, pacuan roda hadapan) pada harga RM310,000 untuk 500 tempahan pertama, Luxury (7 tempat duduk, pacuan semua roda) pada RM349,800 dan Ultra Luxury pada RM359,800.

image is not available
Gambar/FB Zeekr Malaysia

Sementara itu, model SUV kompak Zeekr X pula hadir dalam dua pilihan iaitu varian premium pada harga RM155,800 dan flagship pada RM172,800.

Kedua-dua model tersebut menampilkan teknologi EV terkini, reka bentuk moden serta kabin luas yang direka untuk keselesaan dan gaya hidup premium.

Buat masa ini, Zeekr memiliki tiga bilik pameran di Petaling Jaya dan IOI Mall Puchong.

Pembukaan beberapa cawangan baharu di Juru Autocity, Lembah Klang dan Seremban masih dalam perbincangan. -DagangNews.com

standard