Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti

LocalCars
13 Jul 2026 • 3:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan  Akhir Tahun Nanti

Zeekr-New-Dealership-Appointment_Image-1-(1).jpeg

Zeekr Malaysia telah memeterai perjanjian dengan  tiga pengedar sahnya bagi meluaskan rangkaian pengedarnya di negara ini.

Antara tiga pengedar baharu itu aalah Quantum Motors Sdn. Bhd. (IOI City Mall, Seremban, KL North), Wheelcorp Premium Sdn. Bhd. (Setia Alam), dan Ghee Hua Co. Sdn. Bhd. (Kuching).

Peluasan rangkaian ini untuk mengukuhkan jejak pasaran runcit Zeekr Malaysia di seluruh Semenanjung dan Timur Malaysia.

Selain itu, ia menyokong kebolehcapaian pelanggan yang lebih kuat, meningkatkan kemudahan servis, dan menyediakan asas untuk pengalaman pemilikan premium yang lebih menyeluruh tatkala jenama ini terus mengembangkan portfolio produknya di Malaysia.

Zeekr-New-Dealership-Appointment_Image-2-(1).jpeg

Pengumuman ini menyusul selepas siri pencapaian penting yang telah menyokong pertumbuhan Zeekr Malaysia dalam segmen EV premium. Selepas berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Jenama EV Premium No. 1 di Malaysia secara berturut-turut pada tahun 2026, Zeekr Malaysia terus memperkukuh portfolio premiumnya melalui pengenalan model 2026 Zeekr X baru-baru ini.

Meluaskan Akses Runcit di Seluruh Malaysia

Pengedar sah baharu Zeekr akan menguruskan outlet jualan baharu, yang mana sesetengahnya merangkumi pusat servis dan pasca-jualan (atau pusat 3S).

Setakat Julai 2026, senarai rakan pengedar sah Zeekr termasuklah:

BH Premium Auto (M) Sdn. Bhd. (Ipoh).Unihub Auto Services Sdn. Bhd. (Melaka).EVA Automobile Sdn. Bhd. (Ampang).Sentinel Automotive Sdn. Bhd. (Petaling Jaya).Preeminent Auto Sdn. Bhd. (KLCC, Puchong, Skudai, Lebuhraya Persekutuan)Kumpulan Sunway (Sunway City)Carro (Bangsar, Mutiara Damansara, dan Juru Autocity)

Secara keseluruhan,cawangan jualan Zeekr kini mencecah  11 cawangan dan berhasrat untuk menambahkan  kepada 18 outlet di seluruh negara menjelang akhir tahun nanti.

Zeekr-New-Dealership-Appointment_Image-3.jpeg

Sementara itu, Pengurus Besar Zeekr Intelligent Technology Malaysia, Eddy Lu berkata, rakan pengedar sah  memainkan peranan penting dalam membawa pengalaman pemilikan Zeekr lebih dekat kepada pelanggan di seluruh Malaysia.

"Selain meluaskan jejak pasaran, kami bekerjasama rapat dengan rakan pengedar untuk terus meningkatkan pengalaman pemilikan secara keseluruhan, bagi memastikan pelanggan menerima perjalanan yang lancar dan premium bermula daripada pembelian sehinggalah sokongan pasca-jualan," k

Kunjungi bilik pameran sah Zeekr yang terdekat hari ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang barisan model terkini dan tawaran pemilikan, atau layari laman web kami dan ikuti kami di platform media sosial: Instagram (@zeekrmy), Facebook (Zeekr Malaysia), TikTok (@zeekrmalaysia).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved