


Dua model SUV elektrik terbaru telah menerima penarafan tertinggi daripada Program Penilaian Kereta Baharu untuk Negara Asia Tenggara (ASEAN NCAP) di bawah protokol penilaian 2021–2025. Zeekr X dan MG MGS5 EV berjaya meraih penarafan penuh sebanyak 5 bintang, membuktikan piawaian keselamatan yang semakin baik dalam kalangan kenderaan elektrik (EV) generasi baharu yang memasuki pasaran serantau.
Keputusan ini menunjukkan Zeekr X dan MG MGS5 EV telah mempamerkan prestasi keselamatan yang cemerlang dalam kesemua empat kategori ujian iaitu Perlindungan Pemandu & Penumpang Dewasa (AOP), Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Bantuan Keselamatan (SA) dan Keselamatan Penunggang Motosikal (MS). Dalam ujian ini, Zeekr X mendahului dengan skor keseluruhan 94.64 mata, manakala MG MGS5 EV mengikuti rapat dengan 92.39 mata.
Perlindungan Penumpang Terbaik Dalam Kelasnya


Dalam kategori Perlindungan Penumpang Dewasa (AOP), kedua-dua EV ini menunjukkan kekuatan struktur yang luar biasa:


Bagi Perlindungan Penumpang Kanak-Kanak (COP), Zeekr X mendahului dengan 43.70 mata, berbanding MGS5 EV yang memperoleh 43.33 mata. Kedua-dua model ini didatangkan standard dengan cangkuk penambat atas dan ISOFIX, manakala sistem sekatan kanak-kanak dari Joie, Maxi-Cosi, Britax dan Combi lulus ujian pemasangan tanpa sebarang masalah.
Sistem Bantuan Pemandu (ADAS) Komprehensif




Kedua-dua SUV elektrik ini mencatat pencapaian yang mengagumkan dalam kategori ujian Bantuan Keselamatan (SA), setelah masing-masing berjaya meraih 21.00 mata penuh. Ini membuktikan kelengkapan sistem ADAS mereka yang komprehensif:
Sistem Standard: Kedua-dua model dipasang dengan Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Peringatan Tali Pinggang Keledar untuk semua penumpang dan Brek Kecemasan Autonomi (AEB) dengan fungsi City dan Inter-Urban.AEB Berfungsi Sempurna: ASEAN NCAP mengesahkan sistem AEB dalam kedua-dua model beroperasi dengan berkesan semasa senario brek kecemasan.Ciri Tambahan: Turut dimuatkan ialah Amaran Keluar Lorong (LDW), Bantuan Kekal Lorong (LKA) dan Amaran Perlanggaran Hadapan (FCW). Zeekr X menambah ciri unik iaitu Pengesanan Penumpang Tempat Duduk Belakang.Keselamatan Penunggang Motosikal Turut Diberikan Perhatian
Dalam kategori Keselamatan Penunggang Motosikal (MS), kedua-dua Zeekr X dan MGS5 EV berjaya mencatat 14.00 mata. Skor ini diberikan berdasarkan fungsi-fungsi keselamatan seperti Sistem Pengesan Titik Buta (BSD), rekaan sistem perlindungan pejalan kaki dan fungsi Lampu Suluh Tinggi (AHB).
Zeekr X dan MG MGS5 EV masing-masing dihasilkan di China dan Thailand untuk pasaran eksport serantau. Zeekr X ditawarkan di Malaysia bermula dari RM155,800, manakala MG MGS5 EV bermula dari RM107,900.
