Ziana Zain Jawab Dakwaan Disiasat SPRM

LocalPolitics
3 Feb 2025 • 1:40 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
ziana zain

Penyanyi tersohor, Ziana Zain, akhirnya bersuara selepas namanya dikaitkan dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes Ops Sky, melibatkan sebuah syarikat perunding kewangan.

Namun, Ziana, atau nama sebenarnya Siti Roziana Zain, 57, enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut.

Ziana Zain akui tugasnya hanya sebagai penyanyi…

image is not available

Ketika ditanya mengenai dakwaan dirinya akan dipanggil SPRM, Ziana hanya memberikan jawapan ringkas.

Tiada komenlah sayang, saya hanya menyanyi sahaja.- Katanya.

Sebelum ini, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan turut dikaitkan dengan kes ini, namun beliau menafikan menerima sebarang panggilan daripada SPRM.

Menurutnya, beliau hanya menjalankan tugas sebagai duta dan tiada kaitan dengan sebarang aktiviti syarikat tersebut.

Selebriti didakwa terima bayaran lumayan…

image is not available

Pada Ahad, media melaporkan bahawa beberapa selebriti bakal dipanggil SPRM kerana dipercayai menerima bayaran sekitar RM150,000 hingga RM400,000 sebagai duta syarikat perunding kewangan terbabit.

Lebih mengejutkan, siasatan SPRM turut mendapati sindiket tersebut melabur sejumlah wang besar dalam penciptaan lagu melibatkan penyanyi terkenal tanah air!

RM700 juta dipercayai terlibat…

image is not available

Hasil siasatan mendapati sindiket ini telah meluluskan pinjaman bank berjumlah RM700 juta kepada peminjam yang kemudiannya dipaksa membayar sekurang-kurangnya 35 peratus daripada jumlah pinjaman kepada sindiket sebagai ‘yuran perkhidmatan’.

Setakat ini, SPRM telah menahan 27 individu, termasuk 8 pengarah syarikat dan 18 pegawai bank, dalam siasatan bersama Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dan Bank Negara Malaysia (BNM).

Malah, sebanyak 98 akaun syarikat dan individu bernilai lebih RM22 juta telah dibekukan dalam operasi ini.

#OhmediaNasihat

Skandal ini menjadi pengajaran bahawa rasuah dan pengubahan wang haram adalah jenayah serius. Masyarakat perlu lebih berhati-hati dengan tawaran ‘mudah kaya’ yang menjanjikan pulangan lumayan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: mStar


The post

appeared first on

.