Zidane sertai F1

17 Feb 2023 • 12:41 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Zidane (tiga dari kanan) pada majlis memperkenalkan jentera baharu Alpine, A523 bagi musim 2023 di London awal pagi Jumaat. -Foto: AFP

PEMAIN legenda, Zinedine Zidane bertukar angin daripada arena bola sepak ke litar lumba apabila menyertai pasukan Formula Satu (F1) Alpine.

Bekas pengurus Real Madrid itu diperkenalkan sebagai duta Alpine dalam majlis memperkenalkan jentera baharu mereka, A523 bagi musim 2023 di London awal pagi Jumaat.

“Saya amat gembira untuk berada di sini dan gembira menjadi sebahagian daripada pasukan Alpine,” ujar Zidane.

Bekas pemain legenda Juventus, Real Madrid dan Perancis itu, yang turut pernah mengemudi Los Blancos bagi dua era berbeza, dilihat melawat garaj Alpine dalam perlumbaan di Monaco musim lalu.

“Saya memiliki peluang untuk bertemu Laurent (Rossi, ketua pegawai eksekutif Alpine) dan bersama seluruh pasukan ini bagi setiap Grand Prix.

“Kami memiliki hubungan yang baik dan mereka memiliki projek untuk memberi peluang buat golongan muda. Saya amat tertarik dengan projek ini,” katanya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved