Zii Jia kecundang pusingan pertama Terbuka Perancis

26 Oct 2022 • 6:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Zii Jia -Foto:Badminton Photo

HASRAT pemain perseorangan professional negara, Lee Zii Jia untuk mara ke pusingan kedua Terbuka Perancis tidak kesampaian apabila tewas di pusingan pertama Terbuka Perancis sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Stade Pierre de Coubertin, pemain yang berada di ranking kedua dunia itu tumpas mengejut kepada pemain bukan pilihan dari Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito 19-21, 18-21 dalam tempoh 44 minit.

Untuk rekod, ini merupakan kekalahan kedua berturut-turut Zii Jia kepada Shesar selepas kali terakhir mereka bertemu di Terbuka Malaysia Jun lalu.

Pada Terbuka Malaysia yang lalu, Sheeshar menewaskan Zii Jia dalam perlawanan rubber set, 19-21, 21-19, 16-21 di pusingan ke-16.