“Zii Jia layak dapat pingat, kami bangga dengan awak!” – Lee Chong Wei

6 Aug 2024 • 3:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menzahirkan ucapan tahniah buat pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia atas kemenangannya meraih pingat gangsa di sukan Olimpik Paris 2024, semalam.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Chong Wei di Insta-Storynya, beliau mengakui perjalanan Zii Jia untuk capai ke tahap itu bukan mudah dan seluruh rakyat Malaysia bangga dengan kejayaannya.

Zii Jia layak dapat pingat

image is not available

“Tahniah Lee Zii Jia atas pingat yang layak di menangi! Perjalanan awak bukan mudah dan semua orang banggakan awak,” katanya.

Bukan itu sahaja, Chong Wei turut tidak sabar untuk melihat aksi Zii Jia di sukan Olimpik seterusnya iaitu di Los Angeles (LA2028).

Zii Jia layak dapat pingat

image is not available

“Tak sabar nak tunggu pengembaraan seterusnya di Los Angeles 2028!” ujarnya lagi.

Terdahulu, Zii Jia meraih pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 selepas menewaskan pemain India, Lakshya Sen pada aksi penentuan pingat gangsa menerusi kutipan mata 13-21, 21-16, 21-11.

Kemenangan Zii Jia yang menduduki ranking ketujuh dunia itu secara tidak langsung menyumbang pingat gangsa kedua buat negara di sukan terkemuka dunia tersebut.

image is not available

image is not available

Untuk rekod, Chong Wei merupakan atlet badminton negara paling berjaya di Sukan Olimpik apabila membawa pulang pingat perak dari Sukan Olimpik bermula edisi Beijing 2008, London 2012 dan Rio 2016.

Sumber: Instagram @Lee Chong Wei