Zii Jia tarik diri daripada Terbuka Hylo

29 Oct 2022 • 8:09 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Jaguh badminton profesional perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia tidak akan mengambil bahagian dalam Terbuka Hylo 2022 di Saarbrucken, Jerman yang dijadualkan pada 1 hingga 6 Nov ini.

Pengurus Zii Jia, yang merupakan kakaknya Lee Zii Yii, dalam kenyataan hari ini berkata ia disebabkan perkara peribadi, yang memerlukan beliau kembali ke Malaysia.

“Terima kasih kepada semua ucapan salam mesra serta keprihatinan ramai. Diharapkan dia akan kembali beraksi secepat mungkin,” katanya.

Rabu lepas Zii Jia tersingkir daripada Kejohanan Terbuka Perancis 2022 selepas ditumpaskan oleh pemain bukan pilihan dari Indonesia Shesar Hiren Rhustavito dengan 19-21, 18-21.-Bernama