Zii Jia terkandas, Ng Tze Yong mara ke suku akhir Terbuka Perancis

26 Oct 2023 • 11:07 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 26 OKT: Pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong berjaya melangkah ke pentas suku akhir Terbuka Perancis selepas menyingkirkan pencabar tuan rumah, Arnaud Merkle pada pusingan kedua di Rennes, hari ini.

Pada perlawanan yang berlangsung di Glaz Arena menyaksikan pemain berusia 23 tahun itu tidak berdepan masalah untuk mengetepikan Arnaud 21-19, 21-8 dalam masa 47 minit untuk menempah slot ke suku akhir esok.

Pemenang pingat perak Sukan Komanwel 2022 itu dijadual membuat perhitungan bertemu sama ada pemain Taiwan, Chou Tien Chen atau pencabar Thailand, Kunlavut Vitidsarn yang bakal membuat perhitungan dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.

Sementara itu, pemain profesional negara,Lee Zii Jia gagal dalam misi memburu gelaran kedua musim ini apabila tewas di tangan pilihan kelapan kejohanan dari China, Li Shi Feng 21-17, 11-21, 12-21.

Sebagai rekod, Zii Jia berjaya menjuarai kejohanan Terbuka Artik di Finland awal bulan ini dan naib juara Terbuka Denmark minggu lalu.

Menerima nasib sama beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien turut terkandas selepas ditewaskan gandingan Indonesia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti 21-8, 21-18.

– BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved