Zildjian Melancarkan Fon Kepala Dengan Mod Tembus Untuk Dram Sahaja

TechnologyDigital
17 Sep 2024 • 3:21 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Zildjian kini menembusi dunia kepala pula selepas melancarkan Alchem-E Perfect Tune Headphones. Fon kepala nirwayar ini direka untuk peminat muzik khususnya mereka yang gemar bermain dram. Selain mod pembatalan hingar aktif (ANC), ia juga mempunyai mod “Play-Along” yang membolehkan bunyi dram yang dimainkan masih boleh didengari dengan jelas.

image is not available

Setiap Alchem-E Perfect dilengkapi pemandu audio sebesar 40mm dengan angkup kepala yang diperbuat daripada bahan logam. Pada cawan telinga kanan terdapat tombol logam mengawal kekuatan audio. Walaupun ia sebuah fon kepala nirwayar bluetooth 5.3, ia masih menyokong sambungan berwayar 3.5mm. Terdapat penyesuai untuk sambungan 6.5mm turut dapat dilakukan.

Terdapat mikron terbina membolehkan fon kepala digunakan untuk menjawab panggilan telefon atau sesi telesidang. Sebuah butang fizikal turut diberikan untuk membisukan mikrofon.Setiap fon kepala mampu beroperasi selama 45 jam secara berterusan dengan mod ANC diaktifkan. Empat baris lampu LED pada cawan kanan menunjukkan tahap bateri secara masa nyata. Sepasang Alchem-E Perfect dijual pada harga $399.95 (~RM693).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved