Remaja ditembak, 4 ditahan dalam serbuan israel di kem Nur Shams

12 May 2023 • 11:16 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

TULKARM: Dua remaja Palestin cedera akibat tembakan israel, manakala empat lagi ditahan, semasa serbuan tentera zionis di kem pelarian Nur Shams, timur bandar Tulkarm, Tebing Barat yang dijajah pada Khamis.

Konfrontasi sengit itu berlaku antara umat Islam Palestin dan tentera israel yang melepaskan peluru serta bom gas beracun, menyebabkan dua orang cedera, seorang daripadanya ditembak di belakang.

image is not available

image is not available
Kerdit Foto Twitter Times of Gaza

Kedua-dua remaja yang cedera dalam pertembungan itu dikejarkan ke hospital kerajaan Thabet, di mana dilaporkan mereka berada dalam keadaan stabil.

image is not available
Kredit Foto WAFA News Agency

Sumber tempatan memberitahu wartawan WAFA bahawa tentera zionis menyerbu beberapa rumah penduduk Palestin, manakala jentolak israel pula menyebabkan kerosakan pada beberapa kenderaan.

Kemusnahan yang dahsyat telah berlaku disebabkan oleh tentera pengganas israel semasa mereka menyerbu ke dalam kem Nur Shams di Tulkarm pada waktu subuh.

Tentera israel juga telah menahan 4 rakyat Palestin dari kem tersebut.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini