Zizan Razak Beri Bantuan Pada Amir Raja Lawak Tapi Ada Tak Puas Hati – “Aku Minta Tolong Tak Dapat Pun”

EntertainmentLifestyle
12 Aug 2025 • 11:37 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Zizan Razak baru-baru ini menjadi tumpuan di media sosial apabila didakwa memberikan bantuan kewangan kepada Amir Raja Lawak selepas mengetahui kesusahan yang dihadapi oleh bekas rakan seprogramnya itu.

Bantuan ikhlas Zizan yang dilaporkan dalam satu hantaran membuatkan ramai peminat menyifatkannya sebagai tindakan mulia.

Namun, tidak lama selepas itu, seorang netizen di ruangan komen mempersoalkan tindakan Zizan dengan berkata,

Ya ke Zizan macam tu? Saya minta tolong dah dua bulan takde pun?

image is not available

Komen tersebut mendapat perhatian ramai, yang mula mempertikaikan mengapa Zizan memilih untuk membantu Amir sedangkan ada individu lain yang memerlukan bantuan dan belum menerima sebarang respon.

Rata-rata peminat lain mengecam pendedahan itu dan meminta individu berkenaan supaya ‘bekerja dan bukan mengemis’ namun dia membalas yang hidupnya sudah okay kini dan tidak memerlukan bantuan.

image is not available 2025-07-17 16:18:39

Ingatkan 'Scammer', Peniaga Kek Lapis Terkejut Zizan Razak DM Nak Borong Banyak & Sedekah Ke Masjid