Zizan Razak sokong peniaga kecil raih perhatian – “Dia terharu lihat orang kerja..”

LocalFood
16 Jul 2025 • 6:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang peniaga kecil terima kejutan apabila pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak bantu menyokong perniagaan kek lapisnya, baru-baru ini.

Peniaga yang dikenali sebagai Arinah Ahmad itu berkata, semasa hari kejadian dia membuat kek lapis sambil bersiaran secara langsung bersama pengikutnya di TikTok.

Tidak lama kemudian, pelawak tersebut menyertai siaran langsung itu bertanya hasil jualannya namun pada awalnya dia menyangka ada individu lain yang menggunakan akaun palsu atas nama Zizan.

Zizan Razak sokong peniaga

image is not available

image is not available

“Semalam, saya melapis lewat malam sebab anak saya tidur lewat, entah kenapa malam tadi lewat betul tidurnya.

“Sambil saya melapis, saya buat siaran langsung kat TikTok. Tak meriah pun penontonnya, adalah dalam 8-10 orang.

“Jadi dah lapisan akhir, tiba-tiba Zizan Razak masuk dalam siaran langsung. Saya pun baca tapi memang 100 peratus ingat itu akaun palsu.

“Dia tanya berapa jumlah jualan hari ini, saya pun beritahulah tak banyak mana, dalam ratus-ratus je tak cecah ribu pun untuk hari ini,” katanya dalam sebuah hantaran di Threads, hari ini.

Bagaimanapun, identiti pelawak tersebut akhirnya terbukti selepas Zizan membuat pembayaran secara dalam talian dalam sejumlah wang yang tidak didedahkan.

Zizan Razak sokong peniaga

image is not available

“Selepas tamatkan siaran langsung, Zizan yang disangka scammer mesej minta nombor akaun sebab nak sokong perniagaan saya.

“Disebabkan risau, saya minta pandangan suami tetapi dia suruh cuba berikan sahaja QR bank dan tengok-tengok dapat notification daripada Mohd Zizan Razak,” jelasnya lagi.

Arinah memberitahu Zizan bertindak demikian disebabkan terharu melihatnya mencari rezeki sehingga lewat malam selain berterima kasih membenarkan dia untuk bersedekah Allah.

Kini, Arinah sedang mencari masjid atau surau yang akan mengadakan majlis dalam masa terdekat bagi menyumbang kek lapis tersebut.