Zizi Kirana Bakal Ke Gaza, Momen Terakhir Di KLIA Buat Ramai Tersentuh

Entertainment
28 Aug 2025 • 4:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Buat yang sudah berkahwin, pasti susah untuk berenggang dengan pasangan untuk waktu yang lama, sama seperti penyanyi Hip Hop terkenal, Zizi Karina.

Pelantun lagu Eh itu difahamkan akan berangkat ke Gaza bagi misi bantuan kemanusiaan selama sebulan.

Yusuf atau nama sebenarnya, Muhammad Yusuf Bahrin dilihat memeluk Zizi dengan penuh erat buat kali terakhir sebelum berpisah untuk sementara waktu.

Dalam pada itu, aktor berumur 33 tahun itu juga mencium dahi Zizi atau nama sebenar, Nur Fazelah Mad Tahil dan memeluk erat istierinya itu.

Rata-rata netizen, sebak melihat momen suami dan isteri itu kerana umum mengetahui Gaza, Palestin sedang bergolak selain adanya serangan bertubi-tubi daripada Israel.

image is not available

 

Sebelum ini, ada desas-desus yang mengatakan rumah tangga pasangan selebriti sedang tidak begitu baik.

Untuk info, misi ke Gaza ni bukan kali pertama disertai oleh sukarelawan dari Malaysia, ramai yang tahu, keadaan di sana sangat genting dengan peperangan berterusan, kekurangan makanan, ubat-ubatan dan tempat tinggal.

Sukarelawan di situ biasanya akan membantu dalam mengagihkan makanan serta peralatan peribadi lain.

Sumber: TikTok

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.