Penyanyi Zizi Kirana berkongsi detik istimewa apabila penyanyi dan penulis lirik terkenal, Malique akhirnya dipertemukan semula dengan sahabat lamanya, Yasin Sulaiman selepas kira-kira dua dekad tidak bersua.
Menurut Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, pertemuan itu berlaku ketika proses rakaman lagu Yang Tinggal yang diadakan khas di Hospital Ulu Kinta buat Yasin.
AdvertisementView this post on Instagram
“Malique turut serta untuk berjumpa Yasin dan merakamkan lagu di sana. Dia pun rindu kepada sahabat lamanya.
“Bila tengok momen Malique bertemu kembali dengan Yasin, saya rasa sangat comel. Sudah 20 tahun mereka tidak berjumpa. Bila kami dapat bawa mereka bertemu, momen itu sangat berharga dan saya sendiri tak tahu bila lagi dapat melihat saat seperti itu,” katanya kepada Gempak.
Jelas Zizi, idea menghasilkan lagu tersebut tercetus selepas Malique menyuarakan hasrat untuk mencipta sebuah karya yang membawa nuansa seperti lagu ikonik Alhamdulillah.
Pada awalnya, mereka merancang untuk mendapatkan penyanyi antarabangsa, Maher Zain bagi menjayakan projek berkenaan.
View this post on Instagram
Bagaimanapun, selepas berbincang bersama Iman Tang, mereka merasakan Yasin memiliki karakter vokal yang paling sesuai untuk lagu tersebut.
“Ada beberapa penyanyi lelaki yang kami senaraikan. Masa di Kuala Lumpur kami ada satu acara di Axiata Arena dan saya terserempak dengan Abang Iman Tang.
“Saya beritahu Malique ada perancangan untuk menghasilkan lagu dan pada asalnya dia mahu mendapatkan Maher Zain. Tetapi Abang Iman cakap proses itu mungkin mengambil masa kerana Malique sangat teliti dan mahu memastikan suara penyanyi benar-benar sesuai dengan lagunya.”
“Saya dan Iman terus terfikir, Yasin sahaja yang ada warna suara ala Arab seperti yang kami mahukan ketika itu,” ujarnya.
Menurut Zizi, mereka pada awalnya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana proses mendapatkan kelulusan untuk bertemu dan merakamkan lagu bersama Yasin mengambil masa hampir dua minggu.
“Kebetulan Allah menemukan saya dengan Abang Syafiq dan beberapa individu yang membantu menguruskan permohonan untuk kami ke Hospital Bahagia bertemu Yasin. Kami fikir kalau diberi peluang, mungkin kami boleh terus merakamkan lagu di sana. Jadi, Abang Syafiq dan Iman menguruskan semua permohonan serta surat yang diperlukan.”
Lebih mengharukan, pihak hospital turut memberikan kerjasama penuh sepanjang sesi rakaman berlangsung.
Terbaharu, Zizi Kirana telah melancarkan lagu terbaharunya berjudul Yang Tinggal, nyanyian bersama Malique dan Yasin Sulaiman.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fikry Ibrahim 'Signing Off' Dari Melodi, Ucap Terima Kasih Kepada Kru, Penonton
The post Zizi Kirana Kongsi Momen Malique Bertemu Semula Dengan Yasin Selepas 20 Tahun first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


