Zizi Kirana Ulas Punca Perceraian Dengan Yusuf Bahrin – “Saya Tak Boleh Tutup Mulut Orang..”

LocalEntertainment
10 Jul 2026 • 5:54 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Penyanyi, Zizi Kirana meminta orang ramai agar tidak terus membuat andaian atau mencipta pelbagai spekulasi berhubung punca perceraiannya dengan pelakon, Yusuf Bahrin.

Zizi atau nama sebenarnya, Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 40, turut menepis dakwaan kononnya rumah tangganya berakhir kerana dia terlalu aktif menyertai misi kemanusiaan.

Advertisement

Menurut Zizi, setiap ujian yang berlaku mempunyai hikmah tersendiri dan dia memilih untuk menerima ketentuan Allah dengan hati terbuka.

View this post on Instagram

Katanya, sepanjang terbabit dalam misi kemanusiaan, dia belajar untuk mencintai setiap ujian yang diberikan Allah.

“Saya tak boleh tutup mulut orang dan saya juga tak boleh halang cara orang berfikir atau menerima sesuatu keadaan.”

“Saya percaya, setiap ujian datang daripada Allah. Apabila Allah beri ujian, itu tanda Allah sayang dan cintakan kita. Ketika saya hadir ke mahkamah tempoh hari dan mengumumkan perkara itu, saya menerima terlalu banyak mesej daripada orang yang terkejut dan bertanya kenapa.”

“Bagi saya, orang luar tak perlu tahu apa puncanya. Cukuplah mereka tahu perjalanan kami berakhir setakat itu sahaja dan rezeki kami bersama juga sampai di situ.”

“Tak perlulah nak ambil tahu kenapa, apa punca dan sebagainya. Biar kami sahaja yang simpan,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single kolaborasinya bersama Malique dan Yasin Sulaiman berjudul Yang Tinggal, semalam.

Dalam masa sama, Zizi berkata orang ramai sepatutnya memberi ruang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan tanpa dibebani pelbagai andaian.

Bagaimanapun, Zizi mengakui terharu apabila menerima banyak doa dan sokongan daripada orang ramai selepas berita perceraiannya tersebar.

Zizi Kirana Kongsi Momen Malique Bertemu Semula Dengan Yasin Selepas 20 Tahun

“Saya sangat berterima kasih kerana ramai mendoakan saya. Saya sendiri terkejut melihat begitu banyak mesej dan komen yang sangat positif. Saya juga ingin meminta maaf kepada rakan-rakan kerana ketika itu terlalu banyak mesej yang saya terima, tetapi saya tak tahu bagaimana hendak memberi respons.”

“Sejujurnya, ketika itu saya belum bersedia untuk mengulas apa-apa,” katanya.

Menurut Zizi, ketika melalui episod perceraian itu, fokusnya lebih terarah kepada persiapan menyertai misi kemanusiaan ke Mesir.

“Masa itu saya memang sedang membuat persiapan untuk menyertai misi kemanusiaan. Ketika berada di sana pun, saya langsung tak memikirkan soal perceraian.”

“Selepas semuanya selesai, Alhamdulillah saya terus pulang ke rumah, mengemas barang dan berangkat ke Mesir bagi menyertai misi kemanusiaan,” katanya.

Zizi turut bersyukur apabila urusan perceraiannya dipermudahkan dan berjalan dengan baik tanpa sebarang kerumitan.

Terdahulu, Zizi mendirikan rumah tangga dengan Yusuf Bahrin pada 19 September 2021 sebelum sah bercerai pada 2 April lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zizi kirana2026-07-10 16:16:50

Zizi Kirana Kongsi Momen Malique Bertemu Semula Dengan Yasin Selepas 20 Tahun

The post Zizi Kirana Ulas Punca Perceraian Dengan Yusuf Bahrin – “Saya Tak Boleh Tutup Mulut Orang..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved