Zizi Kirana tak tersinggung dipertikai sertai misi kemanusiaan tanpa mahram -“Saya minta izin suami..”

LocalEntertainment
25 Oct 2025 • 1:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Penyanyi Zizi Kirana menjelaskan beliau tidak tersinggung dengan kenyataan beberapa pihak yang mempersoalkan penyertaannya dalam misi kemanusiaan Sumud Global Flotilla, yang turut disertai lelaki bukan mahram.

Zizi Kirana atau nama sebenarnya, Nur Fazelah Mad Tahil, berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai isu itu termasuk kenyataan yang dikeluarkan seorang pereka fesyen ternama.

image is not available

Zizi Kirana tak tersinggung dipertikai sertai misi kemanusiaan tanpa mahram

Namun tegasnya, setiap misi kemanusiaan pasti disertai oleh wanita kerana mereka mempunyai tugasan dan amanah tersendiri yang perlu dilaksanakan sama seperti peserta lelaki.

“Setiap misi kemanusiaan mesti ada lelaki dan wanita. Tujuan kami, wanita-wanita ini, adalah untuk mewakili wanita Malaysia untuk bertemu dan menyantuni saudara-saudara wanita kita di Gaza.
“Jadi kalau nak mempertikaikan soal mahram, saya rasa cukup saya minta izin daripada suami dan keluarga,” kata Zizi, malam tadi.

image is not available

Mengulas lanjut, beliau berkata isu wanita menyertai misi kemanusiaan itu juga telah dijelaskan oleh pihak berautoriti termasuk mufti dan jabatan agama.

Zizi turut mengakui beliau tidak tersinggung dengan kritikan memandangkan sudah tidak aktif di media sosial selepas pulang daripada misi berkenaan.

image is not available

“Lepas balik misi itu saya demam dan ambil masa berehat dengan keluarga, mak saya dari Sabah pun datang, jadi saya memang tak aktif di media sosial,” tambahnya.

Sumber: Malaysia Gazette (Syaamil Aiman Saifolhisam)