Zizie Izette padam semua gambar di IG, kongsi video majlis tahlil hari ke-3 dirumah

LocalFamily & Parenting
8 Dec 2025 • 5:42 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas pelakon dan balu Allahyarham Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datin Seri Zizie Izette , 47, mengejutkan ramai apabila didapati memadam semua gambar di akaun Instagram miliknya.

Zizie Izette kongsi suasana majlis tahlil

Menerusi hantaran di Insta Story, Zizie dilihat hanya berkongsi video majlis tahlil malam ketiga arwah suaminya.

image is not available

Zizie Izette padam semua gambar

Walau bagaimanapun, tindakan Zizie memadam semua hantaran sebelum ini masih tidak diketahui sebabnya, namun mungkin sedang menenangkan diri selepas kehilangan suami tercinta pada Jumaat minggu lalu.

image is not available

Zizie dan Allahyarham Bung Moktar mendirikan rumah tangga pada 2009 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Allahyarham, 66, yang juga Ahli Parlimen Kinabatangan, meninggal dunia pada Jumaat lalu akibat kegagalan buah pinggang dan jangkitan paru-paru, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas pada hari yang sama.

image is not available

Artikel lain: Zizie Izette akui hilang arah, dedah Bung Moktar sentiasa jaga solat & berzikir

Semalam, Zizie berkongsi di InstaStory mengenai kebaikan arwah suami serta meluahkan penghargaan terhadap nasihat yang pernah dititipkan Allahyarham kepadanya.

Menurut Zizie, dia berterima kasih atas segala kebaikan dan pengorbanan yang dilakukan suaminya sepanjang hidup mereka bersama, yang akan terus dihargai meskipun arwah sudah tiada.

Tindakan Zizie itu mencerminkan kesedihan dan penghargaan mendalam terhadap legasi arwah, di mana kebaikan dan pengorbanan Allahyarham tetap menjadi bualan ramai hingga kini.

Sumber: Instagram zizieizzete