
PENYANYI Amira Othman berkongsi hantaran Insta Story menunjukkan dirinya sedang mendapatkan rawatan perubatan.
Menerusi hantaran di laman sosial, pelantun lagu Dalam Sujudku itu menunjukkan pasangan tersebut sempat menghadiri sebuah acara bersama sebelum penyanyi itu berkongsi gambar tangannya menerima titisan intravena (IV drip) dengan kapsyen menggambarkan keadaan tidak berapa sihat.
"Esok kena fly. Semoga sempat sihat, Nadia Amira," tulisnya.
Sementara itu, suaminya, Fattah Amin juga berkongsi Insta Story yang memaparkan sebuah katil hospital dengan latar hitam putih. Pelakon Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan turut memohon orang ramai mendoakan Amira.
"Doakan isteri syurga saya," tulisnya disertakan emoji tangan berdoa.

Difahamkan, pasangan berkenaan dijadualkan terbang ke Korea Selatan atas urusan kerja.
"Hari ini kami fly dulu sebab disebabkan last minute semua tidak boleh dibatalkan melibatkan dan ia banyak pihak.
"Kami beri ruang untuk Kak Long berehat, Alhamdulillah Kak Long semakin baik.
"Kak Long akan terbang ke Korea Selatan esok, insya-ALLAH, doakan ya," titip akaun TikTok Imani Imtiyaz.



