Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin diperkenal mulai 1 Mac

21 Feb 2025 • 7:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang.

KUANTAN - Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Februari lepas.

Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim berkata, Zon Khas Waktu Solat itu membabitkan Mukim Rompin, Mukim Endau dan Mukim Pontian.

Beliau berkata, oleh itu, waktu solat dan berbuka puasa bagi Ramadan 1446H untuk daerah itu akan menggunakan Zon Khas Rompin dan tidak lagi menggunakan Zon 2 (Kuantan, Pekan dan Muadzam Shah).

"Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memberi perkenan kepada kewujudan Zon Khas Waktu Solat baharu itu," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved