Zoo Di Thailand Untung RM 1.5 Juta Gara-gara Badak Air Kerdil ‘Moo Deng’

Entertainment
25 Sep 2024 • 4:41 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Tak dapat dinafikan, netizen tidak kira di Malaysia atau luar negara mempunyai ‘kelemahan’ yang sama iaitu tidak dapat menahan kecomelan serta telatah haiwan.

Jika sebelum ini Oyen Zoo Negara ‘mendunia’ kerana berada dalam kandang bersama capybara, kini muncul sensasi internet terbaru iaitu Moo Deng.

Moo Deng merupakan seekor badak air kerdil (pygmy) yang berada di Zoo Terbuka Khao Kheow di wilayah Chonburi, Thailand.

Kecomelan Moo Deng itu menjadi kegilaan ramai sehinggakan zoo berkenaan memperoleh untung 12.97 million baht (RM 1,511,155) dalam masa tiga minggu.

Pengarah zoo itu, Narongwit Chodchoy berkata disebabkan orang ramai sudah jatuh hati badak air yang comel itu, terdapat peningkatan 50 peratus dalam bilangan pengunjung.

Zoo Terbuka Khao Kheow menjangkakan ‘kegilaan’ terhadap Moo Deng ini akan berterusan sepanjang tahun, meramalkan akan melepasi satu juta pengunjung serta mencapai lebih 200 juta baht (RM25,303,674) dalam jumlah hasil untuk tahun fiskal.

Persis selebriti, zoo berkenaan turut mengeluarkan barangan seperti baju, stiker serta botol air minuman bersempena dengan haiwan comel itu.

Geram ye tengok Moo Deng!

Sumber: Mothership

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.